Friday, December 14, 2012

Needs and Desires

Assalamualaikum
Before I start. This post may contain vulgar words. Manglish and language misusage. Jadi jangan banyak cekadak kalau nak baca. Thanks. :D

Okay. Bukan apa lah. Apa beza keperluan dengan Keinginan?

*Keperluan
- perihal perlu: ~ akan air paip sangat terasa di setengah-setengah kampung; 2. sesuatu yg diperlukankeharusankemestian: undang-undang yg sempurna dan adil adalah suatu ~ utk mencapai pemerintahan yg baik; 3. sesuatu yg diperlukan (dikehendaki), sesuatu yg berguna, kepentingan: wang drpd gajinya sahaja tidak cukup untuk membeli ~ hidup utk keluarganya; ~ bersama kepentingan bersama; utk (bagi, buat, guna) ~ perlu atau digunakan utk; 4. hajat,kehendakmaksud, tujuan: ia tidak ada ~ apa-apa, hanya utk berkenal-kenal dgn mereka sahaja

*Keinginan

-hajat, keinginan, kemahuan yang keras yang tidak berapa diperlukan hanya untuk memuaskan diri sendiri.

Bagi aku. Keperluan tu muncul bila kita perlukan benda tu contohnya air, makanan, oksigen. --' boleh fikir lah.

Tapi bila datang kepada perihal kebendaan. Contohnya handphone.
Nokia torchlight tu pun dah memadai. Boleh text dan juga call. Cukup memadai untuk fungsi sebuah handphone. Dibandingkan dengan Samsung Galaxy Note yang lengkap dengan Android ICS. Apps yang banyak kegunaan. Memuatkan segala games yang menghiburkan hati. HAHAHA

okay done. Bagi aku. semua orang memang memerlukan keperluan2 basic dalam hidup. yelah. kalau tadok keperluan tu acane nak hidup. HAHA. tapi keinginan tu penting juga. tak semestinya kita dah ada keperluan tu tapi kita dah puas hati. betul kan?


Kay a friend told me.


A: Aku beli baju Team M ni dpd Al-kesan RM 350. Berbaloi kot.

B: Aku beli baju sama gak. tapi dekat pasar malam je. Rupa sama. Ciplak pun sape orang tahu kan kalau pandang dari jauh?
A: Alaa. Tapi tak tahan. aku ada banyak kot baju authentic mcmni dekat rumah
B: Tahan je aku pakai.

Okay. tu yang pernah aku alami sendiri. The reason is aku beli mahal tu. Sebab keinginan sendiri. Bukannya nak menunjuk ke apa. Tak lah aku nak brag dekat semua orang aku beli baju ori. ingat aku desperate sangat? HAHA. kay. bukan apa. kepuasan bila membeli dan memakai tu. Tu je. Memang lah dekat mana mana sekarang baju ori pun boleh ciplak. tapi kalau beli yang betul2 ori tu pun tak salah kan? membantu juga ekonomi negara ni. kan?


Contoh lain.


Si A baru beli Iphone.

A: mahal pun benda ni tapi berbaloi.
B: alaa. kalau setakat benda tu tapi phone cikai pun boleh call dengan text. tu je guna dia.
A: Alaa. tak salah pun beli mahal2 ni. Banyak lagi function dia.

Okay, memang diperakui. Phone kalau tak boleh text dengan call. serupa takyah beli. tapi bila kau beli iphone ke android ke BB ke. Semua tu keinginan sendiri. Memang lah keperluan tu benda murah je dah dapat. tapi semua orang ada keinginan sendiri. Mahal pun memang berbaloi.


So, conclusionnya. Jangan lah judge orang pakai benda mahal ni nak menunjuk ke apa. dah diorang dah beli. Keinginan diorang yang diorang nak penuhi. tak salah pun. Don't be so judgemental eh? Bezakan keperluan dengan keinginan masing masing. tu je yang penting. :)

No comments:

Post a Comment